LAMAN UTAMAMENGENAI KAMIPERKHIDMATANBIOLOGIPERTANYAAN

BIOLOGI

Anai-anai


queen
alates
soldierworker

Koloni & Kasta

Kehidupan anai-anai saling bergantung antara satu sama lain dikalangan mereka sendiri, hidup sebagai komuniti yang bersepadu di dalam kawasan sarang khusus yang juga dikenali sebagai koloni.
Koloni ini seterusnya dibahagikan kepada struktur sosial yang bersempadanan dengan sistem kasta iaitu ratu, raja, pekerja, askar, alates dan pekerja yang belum matang, masing-masing mempunyai peranan tertentu.
Manakala mereka ini boleh menjadi ahli-ahli dalam kasta yang lain, hanya terdapat satu atau dua yang menjadi ratu. Tugas semulajadi ratu adalah untuk bertelur dan memastikan terdapat ahli yang mencukupi untuk menjaga koloni yang semakin membesar. Biasanya anai-anai mengeluarkan telur dalam masa yang singkat. Kadar pembiakan adalah berbeza bergantung kepada jenis-jenis spesies iaitu:
(Macrotermes sp. 30 hingga 40,000 sehari), (Microcerotermes sp. 1,500 setiap hari) manakala (Coptotermes sp. pula sebanyak 400 hingga ke 500 sehari).
Apa yang boleh dikatakan, kadar ini cukup menakutkan kalau dilihat dari segi pembiakannya ianya mungkin berpotensi meningkatkan lagi kerosakan pada struktur bangunan dan sebagainya.
Sebagai peringatan lagi, anai-anai bekerja sepanjang masa tanpa rehat, mereka juga boleh didengar dalam kesunyian malam ini kerana bunyi yang disebabkan oleh hentakkan yang dilakukan oleh askar mereka.

Anai-anai dikelaskan kepada tiga kumpulan utama:
1. Dampwood termites.
2. Drywood termites.
3. Subterranean termites. (anai-anai bawah tanah) 

Daripada tiga kumpulan di atas, yang paling menarik perhatian adalah anai-anai bawah tanah iaitu Coptotermes spesies yang menjadi kebimbangan kepada pemilik harta di Malaysia.
Kebanyakkan spesies yang terdapat di persekitaran rumah terlalu jarang menyerang struktur kediaman seperti Macrotermes sp., Nasutitermes sp., Globitermes sp., Microtermes sp., Schedorhinotermes sp. dan Ondontotermes sp.

Tikus

rats

Pundi Kencing Yang Lemah

Mereka adalah perosak yang membawa penyakit, hidup dan membiak dalam keadaan yang sangat kotor contohnya di kawasan pembetungan dan tempat pembuangan sampah, juga merupakan ancaman kepada kesihatan kita. Dengan menggigit pada pendawaian elektrik ia boleh menyebabkan kebakaran melalui litar pintas.
Oleh kerana pundi kencing yang lemah, mereka membuang air kecil secara bebas walaupun sambil makan, ini akan mencemarkan makanan, peralatan dan pada permukaan yang mereka lalui.
Dalam keadaan yang tertentu, sepasang tikus boleh melahirkan zuriatnya sebanyak 200 ekor dalam tempoh setahun. Terlalu cepat, tikus yang masih muda boleh memasuki bangunan melalui jurang 1 cm persegi dengan mudah. Gigi taring hadapan mereka akan terus membesar, ini boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. Oleh kerana itu mereka akan sentiasa mengasah gigi taring tersebut, mereka akan menggigit pada kayu, plastik, penebat dan pendawaian elektrik.

Terdapat tiga jenis tikus kebiasaannya:
1. Tikus mondok (Brown rat)
2. Tikus bumbung (Roof rat)
3. Tikus rumah ( house rat).

Semut

ant
Kerosakan & Pencemaran

Beberapa spesies boleh menyengat dan mendatangkan kesakitan pada kulit manusia manakala yang lain mempunyai bahagian mulut yang kuat untuk mengigit menyebabkan bahagian kulit terluka. Mereka makan pelbagai makanan dan apa-apa saja yang boleh dimakan termasuklah sisa makanan di dalam septik, tumpahan dan najis. Sekali gus menimbulkan resiko kesihatan. Dengan saiz yang kecil membolehkan mereka untuk menembusi pakej makanan, menyebabkan kerosakan dan pencemaran.
Semut adalah serangga sosial seperti anai-anai dan tebuan, sebahagian besar semut tergolong dalam sistem kasta yang terdiri daripada ratu, raja, pekerja dan askar. Mereka datang dalam semua warna iaitu hitam, coklat, kuning dan merah. Mereka ini hampir buta dan hanya bergantung kepada sel deria pada sesungut untuk sentuhan dan rasa. Semut juga mudah dikenal pasti melalui sesungut dan badannya dimana selapuk yang memisahkan Toraks dan Abdomen. Berhubung dengan saiz mereka masing-masing mampu mengangkat beban 40 kali ganda dari berat badan mereka. Semut yang biasanya kelihatan adalah seperti,
semut api (Solenopsis spp.), semut buah (Dolichoderus spp.), semut taman atau semut kepala besar (Pheidolegeton diversus), kerengga (Oecophylla smaragdina), semut firaun (Monomorium pharaonis) dan semut gula (Tapinoma melanocephalum).

Lipas

lipasgermanlipasamericalipasorientaltelurlipas
Lipas JermanLipas AmerikaLipas Brown-bondedTelur Lipas

Menyebarkan Penyakit

Serangga ini menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan kita, mampu menyebarkan penyakit seperti disentri, difteria, kepialu, hepatitis dan gastroenteritis. Mereka ini makan dan membiak di dalam persekitaran yang sangat kotor seperti di pembentungan, pembuangan sampah dan longkang. Permukaan makanan atau perkakas akan tercemar jika mereka sentiasa di situ. Bukti fosil menunjukkan bahawa mereka telah wujud hampir atau melebihi daripada 250 juta tahun. Saintis percaya bahawa dalam bencana nuklear, lipas (dan semut) mewarisi bumi selepas kepupusan manusia. Yang menakjubkan mereka ini dapat menyesuaikan diri, tahan lasak dan juga dapat hidup dan membiak dalam keadaan yang bermusuhan.
Mereka ini semakin tahan kepada racun serangga konvesional. Satu kapsul telur (Ootheca) boleh menghasilkan sehingga 42 ekor lipas.
Dalam keadaan yang tertentu, seekor lipas mampu membiak sebanyak 20,000 ekor anak dalam tempoh satu tahun. Habitatnya lebih suka berada di kawasan yang hangat dan lembap juga berhampiran sumber makanan. Mereka berkumpul di celah-celah longkang, dinding yang retak berhampiran kawasan dapur, dalam kabinet dapur dan dalam tangki septik.

Terdapat tiga jenis lipas yang biasa ditemui seperti,
1. Lipas Amerika (Periplaneta americana)
2. Lipas Jerman (Blatella germanica)
3. Lipas Brown-banded (Supella longipalpa)