LAMAN UTAMAMENGENAI KAMIPERKHIDMATANBIOLOGIPERTANYAAN

PERKHIDMATAN DAN PRODUK

anai-anai
 Sistem pegumpanan anai-anai, Penggerudian & Suntikan racun,
Rawatan tanah
tikus
Stesen umpan, Proofing, Perangkap gam, Debu
semut
Residual spraying (semburan secara sisa), Umpan gel
lipas
Residual spraying (semburan secara sisa), Umpan gel
lalat
Lampu perangkap lalat, Umpan, Semburan kabus
nyamuk
Semburan asap, Semburan kabus
logokelawar
Semburan racun, Membersihkan najis, Menutup setiap lubang (Proofing), Memasang perangkap


Kaedah rawatan

Rawatan anai-anai
termitebait
Sistem pengumpanan
Stesen umpan Above Ground (AG) dan In Ground (IG).

Stesen umpan (AG) adalah untuk kegunaan di dalam kawasan kediaman atau bangunan manakala stesen umpan (IG) pula  direka untuk persekitaran luar bagunan.
 
bait1

bait2
Rawatan anai-anai menggunakan umpan
Sistem pengumpanan
Umpan (AG) ini akan dipasang di kawasan serangan anai-anai. Perlu melakukan pemeriksaan setiap 2-3 minggu. Kebiasaan ia digunakan untuk anai-anai bawah tanah khususnya untuk spesies Coptotermes seperti, Coptotermes travians, Coptotermes havilandi, Coptotermes curvignathus, Coptotermes kalshoveni dan Coptotermes sepangensis.
drilling1

drilling2
Kerja-kerja menebuk /mengerudi lantai

Pengerudian & suntikan racun
Mengerudi di permukaan lantai simen di sekitar perimeter kediaman bagi mewujudkan zon rawatan dengan lubang lebih kurang bersaiz diameter 2cm. Jarak lubang dari dinding biasanya dalam 15cm dan Setiap lubang adalah 1.5 kaki jarak dari satu sama lain.
van1

injection1
Suntikan racun ke setiap lubang
Pengerudian & suntikan racun
Racun serangga akan dibancuh terlebih dahulu kemudiannya disuntik sekitar 5 liter setiap lubang (selepas proses bancuhan) mengunakan mesin tekenan tinggi dan ditutup semula mengunakan simen dengan warna yang sepadan. Rawatan ini biasanya mengambil masa 1 hari atau lebih bergantung kepada keluasan kediaman. Rawatan ini adalah termasuk jaminan perkhidmatan dan tempoh jaminan bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pelanggan.
soiltreatment1
Semburan di setiap permukaan tanah
Rawatan tanah
Rawatan awal bagi memberikan perlindungan terhadap serangan anai-anai bawah tanah.
Mengunakan mesin pam dengan tekanan yang tinggi bagi membolehkan semburan racun dibuat di serata permukaan tanah.

Rawatan Tikus
baitstationglueboard
Rawatan Tikus umpantikus
Stesen umpan & perangkap gam
Stesen umpan biasanya diletakkan di tempat-tempat yang strategik.



Perangkap atau gam digunakan jika perlu. Langkah-langkah lain seperti pengunaan debu rodenticidal ke dalam lubang atau sarang tikus.



Racun tikus secara terbuka akan diletakkan di tempat yang sesuai.

Rawatan Semut
residualsprayingResidual spraying & umpan gel
Rawatan semburan secara sisa di skirting bawah, setiap penjuru.
Kesan sisa kimia perlu dilakukan dengan kerap untuk memberi perlindungan berterusan terhadap semut.
Umpan gel biasanya digunakan pada tempat-tempat yang tertentu sahaja seperti, kotak suis, peralatan elektrik, komputer dan sebagainya.

Rawatan Lipas
semburanResidual spraying & umpan gel
Kaedah rawatan dan bahan kimia adalah sama seperti rawatan semut. Semburan ini biasanya meninggalkan sisa yang agak lama dan ianya mampu membunuh lipas muda yang menetas beberapa minggu selepas itu.

Rawatan Lalat
lampulalatLampu perangkap lalat & semburan kabus
Mengunakan cahaya UV dan kertas gam di bahagian dalam. Unit ini tidak seperti sesetengah produk yang mengunakan kuasa elektrik untuk membunuh lalat. Ianya dapat mencegah, angota badan lalat dari beterbangan ke merata tempat.

Rawatan Nyamuk
fogging1
Semburan asap 
Semburan asap & kabus
Mengunakan mesin semburan asap bagi menghapuskan tempat-tempat perlindungan nyamuk, ianya juga dapat mencegah nyamuk dewasa dari membiak di sekitar kawasan rumah.

Rawatan Kelawar
kelawar1Perangkap
Perangkap akan dipasang di penjuru bumbung rumah setelah selesai semua kerja-kerja menampal lubang. Semburan racun akan dilakukan di dalam bumbung rumah untuk menghalau kelawar dan juga membunuh serangga seperti lipas dan kutu.
Kelawar2Menutup Setiap Lubang
Kerja-kerja penampalan lubang akan dilakukan disetiap sudut bumbung rumah untuk memastikan tiada lagi akses untuk kelawar masuk ke dalam kawasan bumbung.
najiskelawarNajis Kelawar
Najis kelawar yang terdapat di bahagian atas siling dapat merosakkan siling dan juga menjadi tempat pembiakkan serangga perosak lain. Najisnya yang lama akan menjadi halus seperti debu dan senang jatuh ke bawah, ini akan membahayakan penghuni di situ kerana boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berkaitan pernafasan dan kulit.
kelawar5kelawar4Kerja-kerja pembersihan
Membersihkan setiap najis yang terdapat di atas siling.
kelawar6Najis yang dibersihkan dari dalam bumbung
Najis yang diambil dari dalam bumbung sesebuah bangunan akan dilupuskan.