09-7192177

PEST CONTROL DI KELANTAN

SYARIKAT BUMIPUTERA SEPENUHNYA

Vector Protection
 menawarkan penyelesaian yang berkesan keatas makhluk perosak bagi memastikan kediaman dan premis perniagaan anda selamat dari serangan makhluk perosak seperti anai-anai, tikus, lipas, semut, lalat, nyamuk dan sebagainya.
Pihak kami amat komited melindungi rumah, keluarga dan premise perniagaan anda dengan memberi keselesaan dan keselamatan para penghuninya. Telah menjadi keutama bagi kami menjaga ancaman dan gangguan dari serangga perosak, ini kerana sebarang serangan dari serangga perosak seperti tikus, lipas, semut dan binatang rayap akan mengangu kesejahteraan keluarga anda dan menjadikan mereka terdedah kepada pelbagai resiko kesihatan dan keselamatan.

Perkhidmatan kami meliputi bandar Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Machang, Rantau Panjang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,
termasuklah Jerteh, Besut dan Daerah Setiu di Terengganu.  

Kami menyediakan plan yang lengkap untuk membantu menyelesaikan masaalah serangga perosak di premis anda. Kami juga perihatin tentang kos dan bebanan yang akan ditanggung oleh pihak pelanggan, oleh itu pihak kami menyediakan perkhidmatan yang amat berpatutan dan pelbagai, bagi memenuhi kehendak semasa.

Fakta menarik

Setiap tahun, pemilik rumah atau bangunan di Malaysia  kehilangan berjuta-juta ringgit akibat anai-anai dan lain-lain serangga kayu pengorek. Semua ini boleh dielakkan dengan membuat rawatan yang betul bagi melindungi kediaman anda dari tanah hingga ke bumbung.

Bukan saja di Malaysia malah diseluruh dunia, anai-anai merupakan masaalah utama yang sering dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Anai-anai juga merupakan perosak utama yang memusnahkan struktur sesebuah bangunan. Anai-anai mendatangkan kerugian yang besar kepada pemilik atau penyewa sesebuah bangunan.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ianya akan menyebabkan nilai hartanah menyusut secara drastik juga boleh menyebabkan kematian apabila struktur yang reput runtuh.